Pages

Friday, 20 March 2015

Cara atasi sakit pinggang

Susu Moden untuk Kalsium anda...


80% yang mengalami osteoporosis adalah WANITA

20% je lelaki...

Sebab ape yer.....

Sebabbbbb.......Wanita, HAMIL, BERSALIN, MENYUSU ANAK


Osteoporosis ialah kemerosotan kepadatan tulang yang boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Nak tau kenapa Osteoporosis ni boleh terjadi ? Tentulah sebab kurang kalsium! Simptom biasa adalah sakit pinggang, sakit belakang, gigi rapuh/tercabut, dan mudah cramp. Jadi, cuba check balik, cukup tak kalsium yang kita ambil setiap hari tu...

Kalau ibu-ibu hamil lagi la cepat sangat sakit pinggang, sakit belakang, lenguh-lenguh kaki, mudah cramp, ade sesetengah ibu hamil yang sakit gigi...sebab semua kalsium kita sudah kita kongsi pada baby kita...



                                                           Cenggini rupanyer...takut x....

So, nak elakkan...saya amalkan set asas kesihatan shaklee iaitu Esp, b complex, vitalea, vitamin c dan tentula ostematrix saya ambil...mase hamil x rase sakit pinggang, sakit belakang, tak de lenguh-lenguh, gigi plk Alhamdulillah tak de rase sakit sampai ke hari bersalin..syukur

                      caranya amal ostematrix secara konsisten..hasilnya confirm power!!!

Mase berpantang pulak ostematrix ni untuk elak daripada sembelit...mase hamil smooth jer..tapi awal2 saya berpantang tu terskip juga amik ostematrix...so, de la juga sembelit....ble da rase sembelit sekali lps tu tiap2 malam mesti ingat telan dulu sebelum tidur..tapi lepas sudah baik luka bersalin..ade juga terskip amik vitamin... hihii

Ape yang saya amalkan skrg add on daripada set tadi untuk milkbooster...iaitu saya amalkan alfalfa untuk tambah susu n zinc complex mase berpantang hari tu amalkan juga untuk baik luka selepas bersalin. Saya jenis suka susu..tapi saya telan juga ostematrix. Susu sekarang x sama susu zaman dolu2...hehe

Yang Tak suka susu ..cara dan jalan penyelesaiannya...consume la ostematrix shaklee yang kesannya sangat2 best.... senang, murah dan sangat berbaloi...susu lagi mahal daripada ostematrix ni yang tahan berbulan2..


Serba sedikit tentang ostematrix...

OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. 

OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!


Berminat nak cuba produk Shaklee?? Boleh hubungi saya;

Masziah Mamat [Gee]
Shaklee Top Agent
SMS|WhatsApp|Telegram : 0128202905
Emel : ladylike_adib@yahoo.com
Facebook : Jie Mas

p/s : Free Delivery sekitar Selayang, Batu Caves, Gombak, Kepong
Pos Laju ke seluruh Malaysia, inshaAllah sampai ke tangan anda 2-3 hari bekerja sahaja..

                                         " Kepuasan Anda, Kepuasan Kami Jua "

Monday, 16 February 2015

Cecair Mustajab 1001 Manfaat


Kenapa cecair ini pilihan UTAMA kami???????????


Hai, Assalamualaikum....

         Malam ni, gee nak share tip panas ni!!!!!Cecair pencuci yg miliki 1001 manfaat...Sesape yg belum kenal, meh ler nk habak mai sat ni....BASIC H oh BASIC H...........Cecair pencuci ni laku keras macam pisang goreng terutama dikalangan suri rumah. Diorang selalu gunakannyer untuk serbaguna dalam seisi rumah.

        Ramai yg dah guna dan puas hati termasuklah gee dan family..Dalam rumah kami ibarat dah wajib ada sebotol..hihiihihi..Mane x nyer, adik,abang,kakak, mak,ayah semua guna untuk pelbagai fungsi.

        Gee suka guna utk elak semut dan lalat dalam rumah....Almaklumlah, rumah dengan semut ni tak boleh dipisahkan sebabnye ade gula...hihiiihihihi..Alkisahnye, satu hari tu, Gee amekler basic H ni titik 2-3 titik dalam botol penyembur pastu campur air paip sikit. Goncang punye goncang berbuihler..Pastu gee sembur tepi-tepi dinding sekeliling dapur dan ruang makan smua tu dek geram nengok kat semut memanjang je barisnyer...Gula pun penuh dgn puak-puaknyer...hihihihi..Bangun je pagi esok tu, baris semut smua dah xde....POWER betullah!!!!Lega je rasa...

        Cecair ni selamatsemulajadi, tanpa bahan toksid dan punyai kepekatan tinggi...Hanya titikkan 2-3 titik dicampur dengan 300ml air paip dah boleh guna....JIMAT!!!.

        Gee guna gak basic H ni utk cuci perkakas dapur..Kotoran degil selalunyer buatkan gee rasa stress. Bila guna basic H ni semua senang nak cuci...Bukan AUTA tau...ni betol betol, bukan cobaan....hahaha..Adik pun basuh kasut guna basic H ni. Katanyer, kasut bertukar jadi baru...Gee pikir dia tipu ke ape, rupanyer kasut dia jadi putih macam baru....hahaha....Adik OH adik...


Macam-macam ade info....(@_@)



Lain-lain FUNGSI.....
      
             Banyak lagi kegunaannya...nanti Gee share lagi yer....


Info Lanjut :
Call / Sms / Whatsapp / Telegram : 012-8202905
Email : ladylike_adib@yahoo.com
Fb : Jie Mas







Thursday, 22 January 2015

Rawat Demam Tanpa Dadah


Saya simpati melihat anak2 kecil demam melarat-larat. Kita sebagai ibu kena tahu bagaimana demam boleh berlaku dan apa yang perlu dibuat seawal mungkin untuk elak demam melarat. Asal badan panas sikit, terus bagi ubat. Kasihan anak2

Demam bermakna badan sedang melawan virus/bakteria yang menyerang. Bila diberi ubat cepat sangat, mungkin akan menganggu pembentukan imun badan.

Ini kemungkinan. Bila badan diserang virus/bakteria , antibodi badan akan mengangkat senjata melawan dan ketika itu badan akan panas. Jika kita beri ubat , virus/bakteria yang menyerang itu akan tertidur sebentar dan suhu badan pun turun. Bila virus/bakteria terjaga , imun badan baru angkat senjata untuk lawan (ketika itu badan panas semula) kita pun bagi ubat. Maka virus/bakteria tadi terlena semula ( suhu badan pun turun). Begitulah keadaan virus/ bakteria bangun tido bangun tido maka pembentukan sistem imun badan pun tidak terbentuk dengan sempurna.

Jadi adalah lebih baik mengawal suhu badan .Mandi/jaram/jerlum untuk pastikan suhu tidak naik tinggi. Kita tak perlu takut untuk mandikan anak dengan kerap. Mandikan dengan air suam2 kuku. Setelah mandi, boleh sapukan minyak garlic kat dada..tapak kaki.. belakang anak. Tak sempat buat minyak garlic, minyak habbatussauda pun boleh.Tentu sejuk kan anak selepas mandi.

Tak perlulah pakaikan cool fever yang diproses itu mesti ada bahan kimia bahan bertoksik yang boleh beri kesan pada masa panjang.

Mandikan.Air mandian boleh dicampur 2-3 sudu cuka epal/cuka kurma/epsom salt untuk kawal suhu badan.

Kemudian, kita perlu Upkan imun badan anak dengan makanan/minuman semulajadi. Bagi anak di bawah usia 180 hari, seharusnya diberikan hanya susu ibu sahaja. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak . Allah jadikan susu ibu yang tinggi khasiat semulajadi tiada tandingan.

Untuk aktiviti jaram/jerlum adakala anak tak suka dengan tuala basah di badan. Jadi, LEMON SOCK boleh dipraktikkan. Caranya mudah . Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe.

Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.

Dalam masa yang sama, up imun badan anak. Bagi anak2 berumur lebih 7 bulan boleh diberikan vco, 8 bulan ke atas boleh bagi air kelapa, yogurt natural, air barli homemade, olivenol plus, minyak zaitun , bone broth (sup tulang/sup ayam direneh lama sikit), sesuaikan mengikut umur anak .

VCO ( Virgin Coconut Oil ) minyak kelapa dara sangat mujarab. Kandungannya tinggi antiviral antibacterial selamat bagi menggantikan ubat demam/PCM. Boleh VCO bagi setiap 5jam .

Saya juga suka buat begini. Hiriskan bawang besar nipis2 masukkan dalam piring dan letak berdekatan tempat tidur anak. Tujuannya utk menyerap udara tak sihat. Menyerap kuman2 bertebangan. Jika anak tidak demam pun bagus buat begini sebab kadang2 bila kita sapu dan mop bawah tempat yang sempit seperti bawah katil bawah sofa , habuk2 berterbangan dan bawang merah akan memerangkap udara yang tidak sihat itu.

Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan hanya dirumah. Yang paling penting, kita tahu dengan jelas setiap satu persatu tindakan yang kita perlu ambil.

Paling penting jangan malas2. Mak kena rajin dan SILA RAJINKAN DIRI demi anak yang diamanahkan itu.

Bagi anak bawah 6bulan, silalah breastfeeding sekerapnya. Dengan penyusuan susu ibu mampu membina antibodi anak secara semulajadi. Allah suruh menyusukan dengan susu ibu sangat besar hikmahnya. Takde susu ? Susu kering ? Bukan takde susu , bukan susu kering , TAKDE ILMU sebenarnya. Itu adalah fakta . Yang tidak breastfeeding (macam2 alasan) jangan kecil hati. 

Lapangkan dada galilah ilmu penyusuan susu ibu.

  P/S***Saya fully breastfeed anak saya Muhammad Uzair....xde campur2 susu formula...Alhamdulillah anak sihat...kalau demam pun sehari jer....dengar kwn2 citer kalau anak demam da 3 hari mesti kena amik darah...Ya Allah..siannyer kat budak2 kecil nk kna amik drh daa..kena plk dgn jururawat yang x pandai amik darah...haruu!!  22 tangan kena cucuk...seriau ler...kite dewasa pun sakit anak apetah lagi....ermmmmm

             ####Ibu sentiasa doakan Baby Uzair sentiasa membesar dengan sihat walafiat####