Pages

Thursday, 22 January 2015

Rawat Demam Tanpa Dadah


Saya simpati melihat anak2 kecil demam melarat-larat. Kita sebagai ibu kena tahu bagaimana demam boleh berlaku dan apa yang perlu dibuat seawal mungkin untuk elak demam melarat. Asal badan panas sikit, terus bagi ubat. Kasihan anak2

Demam bermakna badan sedang melawan virus/bakteria yang menyerang. Bila diberi ubat cepat sangat, mungkin akan menganggu pembentukan imun badan.

Ini kemungkinan. Bila badan diserang virus/bakteria , antibodi badan akan mengangkat senjata melawan dan ketika itu badan akan panas. Jika kita beri ubat , virus/bakteria yang menyerang itu akan tertidur sebentar dan suhu badan pun turun. Bila virus/bakteria terjaga , imun badan baru angkat senjata untuk lawan (ketika itu badan panas semula) kita pun bagi ubat. Maka virus/bakteria tadi terlena semula ( suhu badan pun turun). Begitulah keadaan virus/ bakteria bangun tido bangun tido maka pembentukan sistem imun badan pun tidak terbentuk dengan sempurna.

Jadi adalah lebih baik mengawal suhu badan .Mandi/jaram/jerlum untuk pastikan suhu tidak naik tinggi. Kita tak perlu takut untuk mandikan anak dengan kerap. Mandikan dengan air suam2 kuku. Setelah mandi, boleh sapukan minyak garlic kat dada..tapak kaki.. belakang anak. Tak sempat buat minyak garlic, minyak habbatussauda pun boleh.Tentu sejuk kan anak selepas mandi.

Tak perlulah pakaikan cool fever yang diproses itu mesti ada bahan kimia bahan bertoksik yang boleh beri kesan pada masa panjang.

Mandikan.Air mandian boleh dicampur 2-3 sudu cuka epal/cuka kurma/epsom salt untuk kawal suhu badan.

Kemudian, kita perlu Upkan imun badan anak dengan makanan/minuman semulajadi. Bagi anak di bawah usia 180 hari, seharusnya diberikan hanya susu ibu sahaja. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak . Allah jadikan susu ibu yang tinggi khasiat semulajadi tiada tandingan.

Untuk aktiviti jaram/jerlum adakala anak tak suka dengan tuala basah di badan. Jadi, LEMON SOCK boleh dipraktikkan. Caranya mudah . Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe.

Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.

Dalam masa yang sama, up imun badan anak. Bagi anak2 berumur lebih 7 bulan boleh diberikan vco, 8 bulan ke atas boleh bagi air kelapa, yogurt natural, air barli homemade, olivenol plus, minyak zaitun , bone broth (sup tulang/sup ayam direneh lama sikit), sesuaikan mengikut umur anak .

VCO ( Virgin Coconut Oil ) minyak kelapa dara sangat mujarab. Kandungannya tinggi antiviral antibacterial selamat bagi menggantikan ubat demam/PCM. Boleh VCO bagi setiap 5jam .

Saya juga suka buat begini. Hiriskan bawang besar nipis2 masukkan dalam piring dan letak berdekatan tempat tidur anak. Tujuannya utk menyerap udara tak sihat. Menyerap kuman2 bertebangan. Jika anak tidak demam pun bagus buat begini sebab kadang2 bila kita sapu dan mop bawah tempat yang sempit seperti bawah katil bawah sofa , habuk2 berterbangan dan bawang merah akan memerangkap udara yang tidak sihat itu.

Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan hanya dirumah. Yang paling penting, kita tahu dengan jelas setiap satu persatu tindakan yang kita perlu ambil.

Paling penting jangan malas2. Mak kena rajin dan SILA RAJINKAN DIRI demi anak yang diamanahkan itu.

Bagi anak bawah 6bulan, silalah breastfeeding sekerapnya. Dengan penyusuan susu ibu mampu membina antibodi anak secara semulajadi. Allah suruh menyusukan dengan susu ibu sangat besar hikmahnya. Takde susu ? Susu kering ? Bukan takde susu , bukan susu kering , TAKDE ILMU sebenarnya. Itu adalah fakta . Yang tidak breastfeeding (macam2 alasan) jangan kecil hati. 

Lapangkan dada galilah ilmu penyusuan susu ibu.

  P/S***Saya fully breastfeed anak saya Muhammad Uzair....xde campur2 susu formula...Alhamdulillah anak sihat...kalau demam pun sehari jer....dengar kwn2 citer kalau anak demam da 3 hari mesti kena amik darah...Ya Allah..siannyer kat budak2 kecil nk kna amik drh daa..kena plk dgn jururawat yang x pandai amik darah...haruu!!  22 tangan kena cucuk...seriau ler...kite dewasa pun sakit anak apetah lagi....ermmmmm

             ####Ibu sentiasa doakan Baby Uzair sentiasa membesar dengan sihat walafiat####

~Tips Anak Genius~


Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.... 

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung! 

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....��������

Jom baca alQuran����❤❤

  ~Nak Tambah lagi Genius anak2 permata anda.....meh amalkan Omega Guard Shaklee....Sangat2 Awesome!!!! ~

Nak order boleh contact saya WhatsApp/Telegram 012.8202905

Free Consult...Free GIft....Best Services!!

Saturday, 17 January 2015

Ingin Anak Cerdik, Genius!!



Kenapa omega guard shaklee ni omega yg terbaik & menjadi pilihan kami..

Sebab omega guard shaklee ni bukan di ambil dari minyak hati ikan.. 

Kenapa agak2 yer??????

Hati ni kan tempat proses segala pembuangan toksin....
So, kalau ambik drpd hati makanya toksin la yg anda dapat..
So, berhati2 memilih vitamin nak bagi anak2 & kita sekeluarga juga..
"Family is Number One"


Ape kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee ni:

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi  3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB

 'Nak anak cerdik, genius amik minyak ikan shaklee ni Natural, Selamat & Berkesan'